mahsyar

Assalamualaikum semua.
#bukaklah hatimu.. shring ni agk pnjg..
Tpi.... ia akn bri impact besar buatmu yg mmbaca.. in syaa Allah 

Kuliah maghrib di masjid At-taqwa, Bertam Indah.tajuk kuliah, "Mizan dan Sirat" oleh Ustaz Wadi Annuar.

Kata ustaz, mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kite akan berada di alam mahsyar.para sahabat rasulullah saw tanye,mahsyar kat mane? Jawab rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mane bumi ini dihamparkan.tak de pokok,tak de sungai,gunung ganang,tempat berteduh dan tiada bertepian.ini terjadi bile makaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali.kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2.lalu manusia bertanye sesame sendiri,dimana kita? Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar.bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.rujuk surah yasin ayat 52-54.ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluq pada hari tu.Saidatina Aisyah ra pernah bertanya rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita.lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri.rujuk surah a'basa ayat 37(80:37).

Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang,ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan,dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir.bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi.kena tunggu entah berapa lama.lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah percepatkan hisab.jawab nabi adam dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa.pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi,bermula nabi nuh,musa,isa, dan ibrahim tetapi diorang semua hanya berdoa keselamatan diri masing2.lalu pergi semua manusia kepada nabi muhammad saw,lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.

Bayangkan semasa menanti perbicaraan,ada orang dah mintak kat Allah awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar.bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je,dek padatnya manusia pada hari tu.

Sebelum hisab bermula,kitab3 amalan kite akan turun dari arash.mase tu tahulah kite tangan mane yang sambut kitab tu.kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kite,masih tak menjamin kite ke syurga.kemudian Allah panggil sorang2 untuk dihisab.sebelum Allah mule hisab,Allah suruh kite bace semua amalan yang tercatat dalam buku kite disaksikan semua manusia.tak de satu pun tertinggal.lepas habis bace Allah akan tanye kite 3 soalan. 1)adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid 2)tak ingat 3)apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.

Setelah ditimbang di al mizan,didapati pahala kite melebihi dosa kita.seolah-olah sikit lagi kite ke syurga,tetapi final check Allah buat.Allah tanye kepada semua orang,siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka.antara yang mula3 bangun adalah anak isteri keluarga,jiran2,kawan2,etc.jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan,pahala kite tadi terpaksa bagi kat diorang.jika pahala dah habis,dosa diorang pulak kite tanggung (ini yang  dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri).

Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak affect diri kita sorang, tp affect jugak orang2 yang kita sayang. Ayah kita, abang dan adik2 lelaki kita, suami kita. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita..

Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat.

Kata ustaz, hidup di dunia janganlah kite kejar populariti,nak terkenal,takut tak tertanggung kesannye kat akhirat nanti.

Kedua,jagalah amanah dan kejujuran kite sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kite akan membantu.

Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang.. Bukan jgk simply boleh masuk dengan baik sorang2.. so jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.. Moga Allah tolong kita di hari pembalasan nt. Amin..

ps:mohon maaf segala slh silap.. doakan sy..

Senyum

Ada seorang budak darjah 1 ni. Dia
selalu senyum kat tabung
masjid..sikap budak tu dilihat oleh
imam, dan imam tu berasa
hairan..Suatu hari imam bertanya
kpd budak tersebut..
“Kenapa adik senyum kat tabung
tu?”
Budak tu pun jawab.
“Cikgu saya pesan,senyum itu
sedekah.
saya takda duit nak sedekah,jadi
saya senyum jelah kat tabung tu
~senyum itu sedekah~

02:08, Feb 9 - anwarjauhari: C Rahman changed the subject to "Maqdis SMKC "
05:56, Feb 9 - anwarjauhari: C Rahman joined
02:09, Feb 9 - C Rahman: IMG-20140209-WA0000.jpg (file attached)
02:10, Feb 9 - C Rahman: Grup ini utk berkongsi tazkirah dan peringatan sesama guru Islam. Sesungguhnya Agama itu nasihat.
















Fwd: ikhlas

---------- Forwarded message ----------
From: "Anwar Jauhari" <anwarjauhari@gmail.com>
Date: Feb 7, 2014 4:54 PM
Subject: ikhlas
To: <cikgu.hairul1.risalah.blogger.com@gmail.com>

TAJUK : " TAK IKHLAS = TARIK SARUNG GUNI BATU ? ""Mari ku ajarkan kamu ilmu ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya."Nanti saya ambilkan buku dan pen untuk menulis.""Tak payah, bawa sahaja karung guni.""Karung guni?" soal anak muridnya seperti tidak percaya."Mari kita ke pasar!"Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu."Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu,"kata guru itu memberi arahan.Tanpa banyak soal,anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temuidi sepanjang jalan."Cukup?" tanya anak muridnya."Belum. Isi sampai penuh karung guni itu."Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Berlegar-legar,melihat-lihat dah kemudiannya mula beredar keluar."Tuan Guru, kita tidak beli apa-apa?""Tidak. Bukankah karung gunimu telah penuh?""Ya,ya..."kata si murid, agak kelelahan."Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guniyang kelihatan berat itu."Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli,"kata seseorang yang lain."Agaknya, mereka hendak buat kenduri besar kot,"kata yang lain pula.Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka, si murid meletakkan guni yang meberisibatu-batu tadi."Oh, letih sungguh.. apa yang kita nak buat dengan batu-batu Tuan Guru?""Tak buat apa-apa""Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,"Balas anak murid."Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas.""Ikhlas?"si murid kehairanan."Kamu dah belajar apa akibatnya jika tidak ikhlas dalam beramal,""Dengan memikul batu-batu ini?""Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinyaseperti orang-orang dipasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli.Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan, tetapihanya batu-batu.""Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?""Ya. hanya berat sahaja yang ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidakada nilai nya di sisi ALLAH. Yang kamu dapat, Hanya penat.""Ya, sekarang saya faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!"Ujar si murid.PENGAJARAN : Ramai manusia tertipu delam beramal kerana mengharapkan pujian.Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksahidup dalam keadaan yang bermuka-muka.Rugi benar orang yang tidak ikhlas,terseksa di dunia, terseksa di Akhirat"#
share lah kpd sahabat2 dgn IKHLAS . InsyaAllah dapat pahala dari ALLAH SWT .

jaga anggota

;;